Bertanya 'berapa jauh' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa jauh' dimana hal yang ditanya itu (berapa jauh) dimaksudkan ujud pada masa sekarang atau tempoh masa sekarang'.
Untuk bertanya 'berapa jauh' atau 'sejauh mana' dalam bahasa Inggeris, gunakan 'how far'..
| English | Melayu |
| How far is my house to your house ? | Berapa jauhkah rumah saya dari rumah awak ? |
| How far are we from the moon ? | Berapa jauhkah kita dari bulan ? |
| How far were elephants effective when used in war ? | Sejauh mana gajah-gajah berkesan bila digunakan dalam peperangan ? |
| How far has he progressed in the new team ? | Sejauh mana dia telah maju dalam pasukan baru ? |
| How far have I walked since half an hour ago ? | Berapa jauh sudah saya berjalan sejak setengah jam tadi ? |
| How far had he overcome the problems by the time of his departure ? | Berapa jauh dia sudah mengatasi masalah-masalah itu sebelum dia bertolak pergi ? |
| How far do you want to go ? | Berapa jauh anda mahu pergi ? |
| How far does sound travels in 10 seconds ? | Berapa jauhkah bunyi bergerak dalam 10 saat ? |
| How far did the USA achieve prosperity in the 1920s ? | Sejauh manakah USA mencapai kemewahan dalam tahun 1920an ? |
| How far did I run ? | Berapa jauh saya sudah lari ? |
| How far could you throw ? | Berapa jauh awak boleh baling ? |
| How far you want to go in life ? | Berapa jauh awak mahu pergi dalam hidup ? |
| How far will you go in life ? | Berapa jauh awak akan pergi dalam hidup ? |
| How far should muslim women are allowed to cover up ? | Berapa banyak seharusnya wanita muslim dibenarkan menutup badan ? |
| How far from home is your school ? | Berapa jauh rumah awak dari sekolah awak ? |
Catitan :
- Dalam bentuk soalan, 'verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).
- 'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Dalam kamus, 'past participle' biasanya ditanda dengan 'pp'.
- Perkataan 'am' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek ' I ' dan masa 'present tense' dan 'non-verb'.
- Perkataan 'is' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present tense'dan 'non-verb'.
- Perkataan 'are' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present tense'dan 'non-verb'.
- Kombinasi 'has' + (objek) + ('past participle') bermakna 'sudah' bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present perfect tense' dan 'verb'.
- Kombinasi 'have' + (objek) + ('past participle') bermakna 'sudah' bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present perfect tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'does' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present tense'dan 'verb'.
- Perkataan 'do' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present tense'dan 'verb'.
- Perkataan 'shall' bermakna 'sepatutnya' bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'will' bermakna 'akan' bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'can' bermakna 'boleh' bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
Perhatian :
Perhatikan penggunaan struktur-struktur berikut :
How far ?.
How far am ....
How far is ....
How far are ....
How far has ....
How far have ....
How far do ....
How far does ....
How far will ....
How far can ....
How far shall ....
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb