Monday, January 27, 2020

263. Bertanya 'berapa banyak ('how much')' (dulu)

Bertanya 'berapa banyak ('how much')' (dulu)

Bertanya 'berapa banyak ('how much')' (dulu) bermaksud bertanya 'berapa banyak' dimana hal yang ditanya itu (berapa banyak) dimaksudkan ujud pada masa lepas.

'How much' juga bermakna berapa banyak atau berapa banyakkah atau berapa atau berapakah, tapi digunakan bagi subjek yang sukar/tidak boleh dibilang ('uncountable'), contohnya air ('water'), angin ('air'), perasaan ('feelings') dsb.

Terdapat beberapa struktur dalam menggunakan berapa banyak ('how much') (dulu).

1. 'How much' + 'was' + (objek).
2. 'How much' + 'were' + (objek).
3. 'How much' + 'did' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'how much' digunakan jika objek sasaran ialah jenis 'uncountable'.

Perkataan 'was' digunakan jika objek sasaran ialah I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek sasaran ialah 'you, plural'.
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek sasaran.

Perkataan 'was', 'were', 'did' menunjukkan masa 'past tense' (lepas).
Walaupun masa tidak dinyatakan, tetapi apabila 'was','were','did' digunakan, ia menandakan hal yang ujud pada masa lepas.

Perkataan 'was', 'were' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.



1. Struktur : 'How much' + 'was' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how much' diikuti perkataan 'was' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Uncountable' (tidak boleh atau sukar dibilang).
2. Masa : 'Past tense' - subjek yang ditanya itu ujud pada masa lepas (Ia mengikut perkataan 'was').

EnglishMelayuObjek
How much was a dollar ?Berapakah nilai satu ringgit ?A dollar
How much was a dollar worth in 1960 ?Berapakah nilai satu ringgit pada tahun 1960 ?A dollar
How much was it ?Berapa banyak tu ?It
How much was the sugar ?Berapa banyak gulanya ?It
How much was the improvement ?Berapa banyakkah penambahbaikannya ?The improvement
How much was the water ?Berapa banyakkah airnya ?The water
How much was the water that flooded your kitchen ?Berapa banyak air yang membanjiri dapur awak ?The water

Catitan :

- 'Objek' adalah satu jenis 'non-verb' juga.

2. Struktur : 'How much' + 'were' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how much' diikuti perkataan 'were' diikuti (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Objek sasaran yang ditanya itu 'uncountable' (tidak boleh atau sukar dibilang). Gunakan 'how much' (berapa banyak) jika objek sasaran yang ditanya itu tidak boleh atau sukar dibilang.
2. Masa : 'Past tense' - Objek sasaran yang ditanya itu ujud pada masa yang telah lepas (Ia mengikut perkataan 'were').

EnglishMelayuObjek
How much were your taxes last year ?Berapakah awak kena bayar cukai tahun lepas ?Tax
How much were the values of the shares diluted ?Berapakah nilai saham-saham yang turun ?Share
How much were the values of the damages ?Berapa banyak nilai kerosakannya ?Damages
How much were the original Olympics like the modern Games ?Berapa banyak sukan olimpik yang awal sama dengan sukan moden ?Olympic

Catitan :

- 'Objek' adalah satu jenis 'non-verb' juga.

3. Struktur : 'How much' + 'did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how much' diikuti perkataan 'did' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Uncountable' (tidak boleh atau sukar dibilang).
2. Masa : Past tense - subjek yang ditanya itu ujud pada masa yang telah lalu (Ia mengikut perkataan 'did').

EnglishMelayuObjek
How much did the first cellphone weigh ?Berapakah berat telefon bimbit yang pertama ?Cellphone
How much did the bad weather affect the voting ?Berapa banyakkah cuaca buruk memberi kesan keatas pengundian ?Weather
How much did we pay him ?Berapa banyakkah kita telah bayar dia ?We
How much did he influence her ?Berapa banyakkah dia mempengaruhi dia ?He
How much did he do right ?Berapa banyakkah dia telah buat betul ?He

Catitan :

- Sekali imbas, mungkin terdapat anomali antara 'singular/plural' dengan 'uncountable'.

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1How much'How much' + 'was' + ('non-verb')UncountablePast tenseSoalan
2How much'How much' + 'was'UncountablePast tenseSoalan
3How much'How much' + 'were' + ('past participle')UncountablePast tenseSoalan
4How much'How much' + 'did'UncountablePast tenseSoalan
5How much'How much' + 'had' + ('past participle')UncountablePast Perfect tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...