Bertanya 'adakah (objek) tidak akan' (sekarang) bermakna bertanya adakah (objek) tidak akan, dimana hal yang ditanya itu akan ujud pada masa akan datang (bagi masa sekarang).
Kita gunakan perkataan Inggeris berikut untuk bertanya adakah sesuatu hal tidak akan berlaku pada masa depan, jika hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang :
'Will not'
'Will not' dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah tidak akan.
'Will not' dalam bentuk soalan digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Simple Future tense' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang(bagi masa sekarang).
Terdapat beberapa struktur yang berasaskan 'will not' iaitu :
1. 'Will not' + (objek) + 'have been' + ('past participle').
'Will' digunakan bagi semua objek.
1. Struktur : 'Will not' + (objek) + 'have been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'will not' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'have been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bermakna lebih kurang adakah (objek) tidak akan sudah di(pasif).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'will'.
2. Masa : 'Simple Future tense' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang (bagi masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| If we lose your connection to the Internet, will not your goods have been purchased ? | Kalau kita terputus dengan internet, adakah barang kita tidak akan sudah terbeli ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb