Bertanya adakah (objek) ada kena mengena dengan ... (sekarang) bermaksud bertanya adakah (objek) ada kena mengena dengan ...) dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.
Ada 2 frasa yang boleh digunakan dalam bahasa Inggeris untuk bertanya atau menyoal adakah (objek) ada kena mengena dengan ... atau adakah (objek) ada kaitan dengan ... (bentuk soalan) dan seumpamanya, bila hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang. Frasa-frasa itu ialah :
'Has to do with'.
'Have to do with'.
Perkataan diatas digunakan dalam struktur berikut (jika hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang) :
1. 'Has' + (objek) + 'to do with' + ('non-verb').
2. 'Have' + (objek) + 'to do with' + ('non-verb').
1. Struktur : 'Has' + (objek) + 'to do with' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'has' diikuti (objek)tertentu diikuti perkataan 'to do with' diikuti ('non-verb') tertentu.
'Has to do with' bermakna ada kena mengena dengan atau ada kaitan dengan.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Singular' ('he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular').
2. Masa : 'Present tense' (sekarang).
| English | Melayu |
| Has my illness to do with my stomach ? | Adakah kesakitan saya ada kena mengena dengan perut saya ? |
| Has your personality to do with your neighborhood ? | Adakah personaliti anda ada kena mengena dengan kejiranan anda ? |
| Has this to do with anything ? | Adakah ini ada kena mengena dengan apa-apa ? |
| Has my love for everything to do with life, culture, art, food ? | Adakah semua perkara yang saya sukai ada kena mengena dengan kehidupan, kebudayaan, seni, makanan ? |
| Has light exposure to do with your insomnia ? | Adakah pendedahan kepada cahaya ada kaitan dengan keadaan sukar tidur awak ? |
| Has justice to do with overcoming poverty ? | Adakah kehakiman ada kena mengena dengan mengatasi kemiskinnan ? |
Catitan :
- 'Has to do with' boleh diganti dengan 'has something to do with' (ada sesuatu yang berkaitan dengan) atau has got to do with (ada kaitan dengan).
- Walaupun jika masa atau tarikh tidak dinyatakan, tapi bila perkataan 'has' digunakan, ia menunjukkan hal masa sekarang dan objek 'singular'.
- Objek adalah termasuk dalam 'non-verb'.
- Frasa berikut adalah serupa dengan 'has to do with' :
'Has anything to do with' (ada apa-apa yang berkaitan dengan).
'Has something to do with' (ada sesuatu yang berkaitan dengan).
'Has got to do with' (ada kaitan dengan).
2. Struktur : Have + (objek) + to do with + (non-verb)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'have' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'to do with' diikuti ('non-verb') tertentu.
'Have to do with' bermakna ada kena mengena dengan atau ada kaitan dengan.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang).
| English | Melayu |
| Have corals to do with medicine ? | Adakah batu-batu karang ada kena mengena dengan perubatan ? |
| Have Kharijites to do with IS ? | Adakah Kharijit ada kaitan dengan IS ? |
| Have wildfires to do with climate change ? | Apakah kebakaran hutan ada kena mengena dengan perubahan cuaca ? |
| Have Copyrights to do with Free Trades ? | Apakah hakcipta-hakcipta ada kena mengena dengan perdagangan bebas ? |
Catitan :
- 'Have to do with' boleh diganti dengan 'have something to do with' (ada sesuatu yang berkaitan dengan) atau have got to do with (ada kaitan dengan).
- Frasa berikut adalah serupa dengan 'have to do with' :
'Have anything to do with' (ada apa-apa yang berkaitan dengan).
'Have something to do with' (ada sesuatu yang berkaitan dengan).
'Have got to do with' (ada kaitan dengan).
- Walaupun jika masa atau tarikh tidak dinyatakan, tapi bila perkataan 'have' digunakan, ia menunjukkan hal masa sekarang dan objek 'I, you, plural'.
- Objek adalah termasuk dalam 'non-verb'.
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| has to do with | has (objek) to do with + (non-verb) | Singular | Present Perfect tense | Soalan |
| have to do with | have (objek) to do with + (non-verb) | I, You, Plural | Present Perfect tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb